belajar kerana Allah.. berjuang LIllahi..

belajar kerana Allah.. berjuang LIllahi..

Wednesday 10 April 2013

11-04-2013*****

♥ Ucapan lain bagi "TAKE CARE" adalah "FI HIFZILLAH"
(semoga dalam pemeliharaan Allah).

-Kalau kita lafazkan 'take care', kita minta dia untuk menjaga dirinya,
tapi kalau kita kata 'fi hifzillah', kita minta Allah yang jagakan dia ♥

Yang Tertutup itu Lebih Indah Sayang

__________________________***********______________________________________________

Yg p'tame memang sukar..
Sukar utk dlepaskan..
Sakit utk dpendam..
Pedih utk dlupekan..
**Harap langkah yg bakal dhayun seterusnya xkan b'ulang sprti semalam..
#setiap org ade mse silam utk dlupekan
yg pasti bkn senang.
Kekuatan..mohon secebis dari kalian~

____________________________*************_________________________________________

Peringatan untuk Diri :

● tidak ada sesiapa yang akan BERBANGGA dengan status "IN A RELATIONSHIP" anda di facebook ..
walaupun ANDA dan DIA sudah bertunang ..
● kalau PERTUNANGAN itu pun disuruh RAHSIAKAN apatah lagi jika ANDA dan DIA langsung tiada apa-apa ikatan dan sekadar BERMAIN PERASAAAN .
● bangga sangatkah mempamerkan PERLANGGARAN hukum ALLAH ?? berhentilah dari status "IN A RELATIONSHIP WITH" dengan kaum ADAM/HAWA yang BUKAN MAHRAM ..
● lebih parah jika sampai tahap status "MARRIED WITH" yang tergamak dipaparkan dengan lelaki yang TIADA IKATAN SAH disisi ISLAM ..
● apabila HILANG SIFAT MALU dalam diri seseorang. maka hilanglah kesemua ADAB dan AKHLAKNYA terhadap MAHA AGUNG dan MANUSIA ..
tidak segan lagi untuk BERBUAT MAKSIAT ..

wallahua'lam.


________________________***********_____________________________________________

~Kalau seseorang mengutuk, biarkan
~Jangan dibalas dengan kata kata hina.
Jaga dirimu.
Jaga akhlakmu.
Jaga mulut mu.
~Senyum dan doakan dia.
~Nabi Muhammad S.A.W tak pernah ajar umatnya untuk menghina orang lain.....
okay..sy ikut ajaran baginda....
tetap senyum~sabar wlaupn dlm haty nie panas membara~
astagfirullah ... marah2 itu syaitan.
#Muhasabah Diri :)..

__________________**********________________________________________________

"Aku mampu berhujah dengan 10 org yg berilmu akan tetapi aku pasti kalah dengan seorang yang jahil, kerana orang yang jahil itu tidak pernah faham akan landasan ilmu"

- Imam As Syafie


____________________*********________________________________________________


jgn kamu hampiri zina~Nau'zubillah~
saya menyampaikan sungguh-sungguh kepada bakal ibubapa atau yang sudah menjadi ibubapa, " didiklah anak kalian yang masih kecil dengan agama! ajarkanlah mereka al Quran! terapkan nilai agama dalam jiwa dan hati mereka! ajarkanlah mereka cara hidup beragama! "

kelak kalian akan senang dunia akhirat. yakinlah janji Tuhan!

nota : baru selesai pulang dari tangkap sepasang pasangan couple berkhalwat dalam rumah sewa. umur mereka masih mentah, 16 tahun. tp beraninya bukan kepalang melanggar perintah Tuhan.

kesian orang tua mereka, sudah lanjut usia, tidak terdaya, punya anak tiada jiwa agama, menangis pun tidak berguna, mungkin ada silap mana-mana, atau ujian kepada mereka.


________________***********__________________________________________________

ciri-ciri anak ketiga :)
YAKIN DIRI

Sesetengah pendapat memberikan ciri-ciri anak ketiga sebagai seorang yang yakin diri walaupun jika dilihat pada fizikalnya, korang macam tak mampu, tapi kredibiliti korang adalah sebaliknya. Korang mudah bergaul dengan siapa sahaja dan korang tampil yakin dengan diri korang. Pembawakan diri korang amat disenangi kawan-kawan.

SUKAR BERTOLAK ANSUR

Mungkin dipengaruhi oleh persaingan antara adik beradik, korang dikatakan paling sukar untuk bertolak ansur. Korang tak mudah mengalah dan kadang kala sikap keras kepala boleh terbawak sama. Dalam sesebuah perbincangan, korang akan mempertahankan hujah korang dan kadang kala boleh menyebabkan orang lain terasa hati.

MUDAH KASIHAN

Sikap anak nombor tiga adalah kaya dengan pemurah dan perasaan kasih sayang. Korang sangat mudah dipengaruhi oleh perasaan ini dan kadang kala sikap mudah kasihan korang menyebabkan korang mudah terpedaya. Jadi, hati-hatilah yer!

BOLEH MENYERLAH TAPI MENYEMBUNYIKANNYA

Melihat kpd potensi, korang bleh m'jadi seorg yg sangat menyerlah. Tapi disebabkan sikap pemalu korang, adakalanya korang hanya berdiam diri dan melepaskan peluang yg ada. Korang perlu bijak untuk memilih platform untuk menyerlah kerana platform korang boleh membantu korang untuk lebih berjaya.

SIKAP MALAS DAN MANJA

Anak ketiga dikategorikan sebagai seorg yg manja sehingga kadang kala m'bawa kpd malas. Korang perlu di'push' oleh sesorang atau sesuatu untuk korang terus ke hadapan. Sedangkan potensi diri korang sememangnya ada. Malahan kadang-kadang sikap malas korang ni bleh m'bawa kpd kejatuhan diri sendiri.

TIDAK SUKA MENIMBULKAN MASALAH

Korang sangat optimis dalam menangani masalah. Sering melihat masalah dalam sudut yang positif dan cuba sedaya upaya untuk menyelesaikannya. Korang juga akan cuba membantu seberapa yang korang boleh dan akan menyenangkan orang lain seadanya. Sikap korang ni sangat disenangi kawan-kawan. Sebab tulah korang ada ramai kawan!..


# ana lha tu..hehe..:)..

_______________*******_____________________________________________________


Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: “Empat perkara yang membawa kebahagiaan kepada manusia, iaitu (memiliki) perempuan (isteri) yang solehah, rumah yang bagus (luas), jiran yang baik, dan kenderaan yang bagus.”
(Hadis riwayat Ibnu Hibban).
______________________*********________________________________________


Alhamdulillah, segala puji-pujian kepada Allah swt yang melimpahkan rahmat-Nya kepada kita semua. Selawat dan salam kepada nabi Muhammad. Rasul junjungan, bersama para pengikutnya sehingga akhir zaman.
Tazkirah hari nie>>
Fitnah merupakan suatu sifat yang amat keji dan boleh m'datangkan kesan yg amat buruk kepada diri sendiri dan terhadap orang lain. Fitnah bleh diertikan bahawa seseorang yg menyampaikan keburukan orang lain dikalangan org ramai dgan tujuan supaya mereka membenci atau memusuhinya.
Firman Allah SWT :
"Dan janganlah kamu ikuti setiap orang yang banyak bersumpah lagi hina yang banyak mencela serta menyebarkan fitnah, yang banyak menghalang berbuat baik, melampaui batas lagi banyak melakukan dosa."
(Al-Qalam : 10-12)
Perbuatan fitnah lebih berbahaya daripada pembunuhan kerana boleh menyebabkan masyarakat hilang rasa kasih sayang dan mencetuskan permusuhan.

Firman Allah SWT :
"Dan fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada membunuh."
(Al-Baqarah : 217)

Firman Allah SWT :
"Sesungguhnya orang-orang yang menuduh (memfitnah) wanita-wanita yang baik lagi beriman berzina, mereka kena laknat di dunia dan akhirat dan bagi azab yang besar."
(An-Nur : 23)

Rasulullah SAW bersabda :
"Tidak akan masuk syurga yang membawa fitnah."
(HR.Bukhari dan Muslim dari Huzaifah)
Oleh kerana itu, bahaya fitnah boleh mengancam kesejahteraan. Maka umat Islam hendaklah sentiasa berhati-hati dan jangan mudah terpedaya dengan fitnah yang dibawa atau diterima.

Wallahu 'alam..


__________________******_______________________________________________

biarlah org laen x kenal pun siape kite dekat dunia ni,asalkan name kite mnjd perbualn pnduduk langit..
*kehidupan seorg muslimah adalah rahsia.renung2kan*
sbb ape kte jd perbualn mreka??sbb kebaikn dan amal yg kte lakukn kat dunia nie lah~
#Allah..bestnye..jd ape tggu lg??jom pakat wak baek neh..moga Allah redha..

____________*******________________________________________________


~~Wanita Bertudung Dgn Sanggul 'Bonggol Unta' Tidak Akan Mencium Bau Syurga.~~
Hadis Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud :
"Dua golongan di kalangan ahli neraka yang tidakkan aku pandang iaitu kaum yg bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya digunakan memukul orang lain dan wanita-wanita yg berpakaian bagaikan bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik org lain untuk membuat maksiat. Sanggul dikepala mereka ditusuk tinggi-tinggi seperti bonggol unta yg sangat lemah.
Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu sudah boleh dicium dari jarak demikian dan demikian." (Riwayat Muslim).

____________*******_____________________________________________________

Apa hukum tidak pandai baca Al-Quran?

UAI:
Baca Al-Quran ni, dalam 114 surah, 1 surah wajib
pandai.
Tak pandai berdosa, iaitu Al Fatihah. Yang lain fardhu kifayah.

sunat kita pandai surah2 yang lain.
Kerana, hina sangat orang yang tidak pandai membaca Quran.

Walaupun tidak berdosa tapi makhluk yang hina....


_____>>&&&>>$##>>@@...
#SEMOGA MNGAMBIL IKTIBAR DIANTARA KITE. INSHA ALLAH DIRI MMPU BRBH KE ARH YG LBIH BAIK APABILA DISERTA KN DGN USAHA,,,
INSHA ALLAH..