belajar kerana Allah.. berjuang LIllahi..

belajar kerana Allah.. berjuang LIllahi..

Tuesday 31 December 2013

Seorang insan bergelar wanita ..

Aku Cuma An-Nisaa
Ya Allah..
Jadikan aku tabah seperti Ummu Khadijah
Sehingga dirinya digelar afifah solehah
Dialah wanita pertama
Tiada ragu mengucap syahadah
Pengorbanan bersama Rasulullah
Susah senang bersama
Walau hilang harta kerana berdakwah
Walau dipulau 3 tahun 3 bulan
Imannya sedikit pun tak berubah
Mampukah aku setabah dirinya?
Andai diuji sedikit sudah rebah..
Baru dihina sudah mengalah
Ya Allah..tabahkan aku sepertinya..
Ya Allah..
Jadikan aku semulia Fatimah Az-Zahrah
Betapa tinggi kasihnya pada ayahandanya
Tidak pernah putus asa pada perjuangan dakwah baginda
Anak yang semulia peribadi baginda
Tangannya lah yang membersihkan luka
Tangannya jua yang membersihkan cela
Pada jasad Rasulullah tercinta
Gagahnya dirinya pada dugaan
Mampukah aku sekuat Fatimah?
Saat diri terluka dendam pula menyapa
Saat disakiti maki pula mengganti
Ya Rabbi..teguhkan hatiku sepertinya..
Ya Allah..
Jadikan aku sehebat Masyitah dan Sumayyah
Tukang sisir yang beriman
dan Keluarga Yasir yang bertakwa
Sungguh kesabaran mereka menggoncang dunia
Iman tetap terpelihara walau nyawa jadi taruhan
Mampukah sabarku seperti mereka?
Tatkala digoda nafsu dunia..
Entah mana hilangnya Iman di dada
Ya Rahman..
Kuatkan Imanku seperti Masyitah
Terjun penuh yakin bersama bayi ke kuali mendidih
Kerana yakin Allah pasti disisi
Sabarkan aku seperti sumaiyah
Biar tombak menusuk jasad..
Iman sedikit pun takkan rapuh.
Ya Allah..
Jadikan aku semulia Ummu Sulaim
Perkahwinannya dengan Abu Talhah atas mahar Iman
Islamlah Abu Talhah sehingga menjadi sahabat Rasulullah
Betapa hebatnya tarbiyyah isteri pada suami
Hinggakan segala panahan ke Rasulullah pada hari uhud
Disambut dengan belakang jasad Abu Talhah
Ya Allah..
Tarbiyyahkan aku pada cinta sepertinya
Tingginya nilai cinta pada harga Iman
Mampukah aku menatap cinta itu?
Sedangkan rupa yang menjadi pilihan
Ketulusan Iman diketepikan
Ya Allah..
Ilhamkan aku pada cinta sepertinya..
Ya Allah…
Jadikan aku sehebat Aisya Humaira
Isteri termuda Rasulullah
Biar dilempar fitnah
Dia tetap teguh pada ketetapanNya
Isteri sejati yang memangku Nabi
Pada saat terakhir baginda
Hadis dan Sunnah Rasulullah dipertahankan
Betapa hatimu seorang mujahidah
Ya Allah..
Mampukah aku contohi dirinya?
Pada fitnah yang melanda
Diri mula goyah dan putus asa
Teguhkan Imanku sepertinya..Ya Rahim..
Ya Allah..
Teringat diri pada Khansa
Empat orang anaknya mati di Jalan ALLAH
Dia meratap tangis..
Anak sulungnya syahid
Anak keduanya turut syahid
Anak ketiganya dan keempat jua mati syahid
Namun tangisan itu bukan kerana pemergian anak tercinta
Jawabnya kerana tiada lagi anak yang dihantar untuk berjihad
Ya Allah..
Mampukah aku menjadi ibu yang berjihad?
Sedang anak tak tutup aurat pun masih tak terjawab
Sedang anak tinggal solat pun buat tak kisah
Berikan aku kekuatan sepertinya..
Agar bersedia pada akhirat.
Wahai kaum Adam yang bergelar khalifah..
Diriku bukan setabah Ummu Khadijah
Bukan jua semulia Fatimah Az-Zahrah
Apa lagi sesabar Masyitah dan Sumaiyah
Mahupun sehebat Ummu Sulaim
Dan tidak seteguh Aisya Humaira
Kerana diri cuma An-Nisaa akhir zaman
Dimana Aurat semakin dibuka terdedah
Dimana syahadah hanya pada nama
Dimana Dunia yang terus dipuja
Dimana nafsu fana menjadi santapan utama
Dimana batas sentiasa dileraikan
Dimana ukhwah sentiasa dipinggirkan
Wahai Kaum Hawa
Kita cuma An-Nisaa
Para pendosa yang terbanyak di neraka
Lantas walau tak setabah para Mujahidah
Namun Tabahlah pada ketetapan Allah
Kerana padanya ada Syurga!
Walau tak semulia para wanita sirah
Tapi muliakan diri dengan agama yang memelihara
kerana padanya ada Pahala!
Walau tak sesabar para wanita solehah
Namun sabarkan jiwa pada nafsu dunia yang menyeksa
Kerana padanya ada bahagia!
Sesungguhnya Hawa tercipta dari Tulang rusuk kaum Adam
Bukan untuk ditindas kerana lemah
Tapi untuk dilindungi kerana Indah
dan Indah apabila tertutup terpelihara
Kerana disitulah terjaganya Syahadah
Bak mekarnya wanita dalam sirah
Tuntunlah kami ke arah syurga..
Bicara dari An-Nisaa yang hina..
Makbulkan doaku..

Saturday 21 September 2013

21/9/2013...La Tahzan

... bila marah, diamkan diri. Bila hati terguris, diamkan diri. Bila hati panas diapi-apikan rasa marah, diamkan diri. Hal sebegini lebih baik. Usah ungkit soal maruah atau harga diri.. kerana apabila di ungkit anda mudah untuk menjadi orang berfikiran negatif dengan menyerah diri kepada rasa marah.

Ini bukan bermakna kita membenarkan orang lain berbuat buruk sesuka hati ke atas diri kita juga terhadap diri kita. Bukan.

Diam kita adalah untuk mengelak marah dari jadi menyala-nyala lalu membuat kita terjerumus ke aspek negatif yang seterusnya membuat kita mengambur kata-kata negatif, menyalahkan lalu mempersoalkan. Marah adalah 'umpan' dan perangkap fikiran negatif untuk membuang aspek positif.

Marah adalah umpan syaitan untuk membuat anda berapi-api. Bila sudah berapi, mudahlah untuk anda lupakan Allah. Bila sudah lupakan Allah, anda akan terbuat silap. 

terlajak buat silap, diri sendiri yang akan menanggungnya.


~Bila dia mengingatkanmu tentang Allah.
Bila dia mengingatkanmu tentang Rasulullah & pengorbanannya.
Bila dia mengingatkanmu tentang kematianmu.
Bila dia mengingatkanmu tentang Akhirat.
Itulah dia PENDAMPING yang kamu cari.

~~wahai sebaik2 hiasan,..
Jadi lha sbhgian dr diri ini..
Apabila diri ini meminta nye dr mu pd suatu hri nnti..
jadi lha org yg mmpu mmbwa ku mnghmpiri Allah..
sesungguh nye .. itu yg ku ingin kn dri diri mu ...
Wahai insan solehah.. in shaa Allah..
kuatkn lha smngt mu.. lwan lha penyakit yg ada dlm tubuh mu..
teguh kn lha keimanan mu pd Allah.. krna ia trlalu mahal pd zaman skrg.. ..
jgn pernh berptus asa dlm berusaha mncri ilmu dunia dn akhirat..
krna.. Akhirat adalh distinasi trakhir kite.. .. FI HIFZILLAH..

~~~Wanita ibarat epal, epal yang tak berkualiti amat mudah diperolehi kerana ia berguguran di tanah, tapi epal yang tak mampu dibeli berada di puncak. Susah dipetik susah digapai. Terkadang epal itu risau, kenapalah diriku belum dipetik? Lantas ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyembah tanah. Sedangkan ia sebenarnya telah Allah jadikan begitu tinggi martabatnya sehingga tak ada siapa yang berani memetiknya. Hanya pemuda yang benar-benar hebat sahaja yang mampu. Mungkin bukan di dunia tapi di akhirat? Biarlah jodoh bukan di dunia asalkan cinta Ilahi mengiringi.

~~~~Cinta itu cahaya sanubari, kurniaan Tuhan untuk insani

Rasa bahagia biarpun sengsara, berkorban segala-gala”

Lirik lagu nasyid “Kerana Cinta” ini singgah sebentar di minda ini bila menulis tajuk ini.

Seringkali perkataan ini bermain-main di fikiran dan seringkali juga ia menjadi tanda tanya orang-orang di sekelilingku bila cinta sejati akan menjemputku. Bukan tidak pernah diintai oleh sang kumbang, tetapi tanpa ikatan yang sah, aku tidak akan sekali-kali membenarkan sang kumbang itu menjemputku apalagi singgah untuk menjengukku.

Hati ini pernah sekali tercuit dengan perasaan itu, tidak seperti selalu yang bermati-matian untuk aku mempertahankannya. Tetapi kali ini, aku rasa perasaan itu sudah semakin menebal..

Dalam fikiranku, adakah aku telah JATUH CINTA?? Tidak mungkin!

Aku katakan pada diriku sendiri bahawa perasaan itu hanya kerana merasa kosong dan cemburu melihat kawan-kawan sekeliling yang sudah bahagia bersama pasangan masing-masing. Untuk menghilangkan perasaan itu, aku hanya bercerita kepada Yang Lebih Berhak iaitu Allah SWT. Hanya Allah pemilik hati ini dan hanya Allah yang lebih tahu mana yang terbaik buatku

Setiap malam aku bermuhasabah, bermunajat dan mengharap hanya kepada Allah agar perasaan itu akan hilang. Walaupun tidak secara terus tetapi dengan mendekatkan diri kepada Allah, aku berasa tenang kembali. Tidak seperti sebelum-sebelum ini, hanya mengingatkan dia yang belum halal bagiku dan belum tentu halal bagiku.

Alhamdulillah dengan mendekati Sang Pencipta, diri ini terasa amat tenang dan mampu tersenyum kembali.

Hari-hari yang dilalui terisi kembali dan semakin hari terus melupakan perkara-perkara yang menyebabkan perasaan bergelora dan syaitan menyucuk jiwa.

“Mereka berkata hidup perlukan cinta
Agar sejahtera aman dan bahagia
Andai tiada atau pudar warnyanya
Meranalah jiwa gelaplah dunia

Warna-warna cinta
Yang terlukis di hatimu
Semat pada senyuman dan tangismu..”
#MUSLIMAT



~~~~~

jangan risau sekirenye kite berjauhan..
kerna mngkin itu Allah ingin mnguji kite berbuat baik krna manusia atau krna Allah..
jangan risau sekirenye diri nie merindui diri mu.. 
krna Allah akan mnjadi tempt utk diri niey mngaku.. 
walaupom diantara kite.. sudh xbgtau perasaan kite.. 
itu lebih baik.. itu mmbukti kn.. syg kite bukn pd bicara shaja.. tp ia dtg dr hati yg dikurnia kn dr Allah..
sekirenye jodoh bukn utk kite.. itu mnunjukkn Allah telah menetapkn yg lbih baik utk kite.. 
:) .. jgn sedih sekirenye kite dibenci manusia.. tp sdih lha sekirenye kite dibenci oleh Allah..;)

Wednesday 10 April 2013

11-04-2013*****

♥ Ucapan lain bagi "TAKE CARE" adalah "FI HIFZILLAH"
(semoga dalam pemeliharaan Allah).

-Kalau kita lafazkan 'take care', kita minta dia untuk menjaga dirinya,
tapi kalau kita kata 'fi hifzillah', kita minta Allah yang jagakan dia ♥

Yang Tertutup itu Lebih Indah Sayang

__________________________***********______________________________________________

Yg p'tame memang sukar..
Sukar utk dlepaskan..
Sakit utk dpendam..
Pedih utk dlupekan..
**Harap langkah yg bakal dhayun seterusnya xkan b'ulang sprti semalam..
#setiap org ade mse silam utk dlupekan
yg pasti bkn senang.
Kekuatan..mohon secebis dari kalian~

____________________________*************_________________________________________

Peringatan untuk Diri :

● tidak ada sesiapa yang akan BERBANGGA dengan status "IN A RELATIONSHIP" anda di facebook ..
walaupun ANDA dan DIA sudah bertunang ..
● kalau PERTUNANGAN itu pun disuruh RAHSIAKAN apatah lagi jika ANDA dan DIA langsung tiada apa-apa ikatan dan sekadar BERMAIN PERASAAAN .
● bangga sangatkah mempamerkan PERLANGGARAN hukum ALLAH ?? berhentilah dari status "IN A RELATIONSHIP WITH" dengan kaum ADAM/HAWA yang BUKAN MAHRAM ..
● lebih parah jika sampai tahap status "MARRIED WITH" yang tergamak dipaparkan dengan lelaki yang TIADA IKATAN SAH disisi ISLAM ..
● apabila HILANG SIFAT MALU dalam diri seseorang. maka hilanglah kesemua ADAB dan AKHLAKNYA terhadap MAHA AGUNG dan MANUSIA ..
tidak segan lagi untuk BERBUAT MAKSIAT ..

wallahua'lam.


________________________***********_____________________________________________

~Kalau seseorang mengutuk, biarkan
~Jangan dibalas dengan kata kata hina.
Jaga dirimu.
Jaga akhlakmu.
Jaga mulut mu.
~Senyum dan doakan dia.
~Nabi Muhammad S.A.W tak pernah ajar umatnya untuk menghina orang lain.....
okay..sy ikut ajaran baginda....
tetap senyum~sabar wlaupn dlm haty nie panas membara~
astagfirullah ... marah2 itu syaitan.
#Muhasabah Diri :)..

__________________**********________________________________________________

"Aku mampu berhujah dengan 10 org yg berilmu akan tetapi aku pasti kalah dengan seorang yang jahil, kerana orang yang jahil itu tidak pernah faham akan landasan ilmu"

- Imam As Syafie


____________________*********________________________________________________


jgn kamu hampiri zina~Nau'zubillah~
saya menyampaikan sungguh-sungguh kepada bakal ibubapa atau yang sudah menjadi ibubapa, " didiklah anak kalian yang masih kecil dengan agama! ajarkanlah mereka al Quran! terapkan nilai agama dalam jiwa dan hati mereka! ajarkanlah mereka cara hidup beragama! "

kelak kalian akan senang dunia akhirat. yakinlah janji Tuhan!

nota : baru selesai pulang dari tangkap sepasang pasangan couple berkhalwat dalam rumah sewa. umur mereka masih mentah, 16 tahun. tp beraninya bukan kepalang melanggar perintah Tuhan.

kesian orang tua mereka, sudah lanjut usia, tidak terdaya, punya anak tiada jiwa agama, menangis pun tidak berguna, mungkin ada silap mana-mana, atau ujian kepada mereka.


________________***********__________________________________________________

ciri-ciri anak ketiga :)
YAKIN DIRI

Sesetengah pendapat memberikan ciri-ciri anak ketiga sebagai seorang yang yakin diri walaupun jika dilihat pada fizikalnya, korang macam tak mampu, tapi kredibiliti korang adalah sebaliknya. Korang mudah bergaul dengan siapa sahaja dan korang tampil yakin dengan diri korang. Pembawakan diri korang amat disenangi kawan-kawan.

SUKAR BERTOLAK ANSUR

Mungkin dipengaruhi oleh persaingan antara adik beradik, korang dikatakan paling sukar untuk bertolak ansur. Korang tak mudah mengalah dan kadang kala sikap keras kepala boleh terbawak sama. Dalam sesebuah perbincangan, korang akan mempertahankan hujah korang dan kadang kala boleh menyebabkan orang lain terasa hati.

MUDAH KASIHAN

Sikap anak nombor tiga adalah kaya dengan pemurah dan perasaan kasih sayang. Korang sangat mudah dipengaruhi oleh perasaan ini dan kadang kala sikap mudah kasihan korang menyebabkan korang mudah terpedaya. Jadi, hati-hatilah yer!

BOLEH MENYERLAH TAPI MENYEMBUNYIKANNYA

Melihat kpd potensi, korang bleh m'jadi seorg yg sangat menyerlah. Tapi disebabkan sikap pemalu korang, adakalanya korang hanya berdiam diri dan melepaskan peluang yg ada. Korang perlu bijak untuk memilih platform untuk menyerlah kerana platform korang boleh membantu korang untuk lebih berjaya.

SIKAP MALAS DAN MANJA

Anak ketiga dikategorikan sebagai seorg yg manja sehingga kadang kala m'bawa kpd malas. Korang perlu di'push' oleh sesorang atau sesuatu untuk korang terus ke hadapan. Sedangkan potensi diri korang sememangnya ada. Malahan kadang-kadang sikap malas korang ni bleh m'bawa kpd kejatuhan diri sendiri.

TIDAK SUKA MENIMBULKAN MASALAH

Korang sangat optimis dalam menangani masalah. Sering melihat masalah dalam sudut yang positif dan cuba sedaya upaya untuk menyelesaikannya. Korang juga akan cuba membantu seberapa yang korang boleh dan akan menyenangkan orang lain seadanya. Sikap korang ni sangat disenangi kawan-kawan. Sebab tulah korang ada ramai kawan!..


# ana lha tu..hehe..:)..

_______________*******_____________________________________________________


Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: “Empat perkara yang membawa kebahagiaan kepada manusia, iaitu (memiliki) perempuan (isteri) yang solehah, rumah yang bagus (luas), jiran yang baik, dan kenderaan yang bagus.”
(Hadis riwayat Ibnu Hibban).
______________________*********________________________________________


Alhamdulillah, segala puji-pujian kepada Allah swt yang melimpahkan rahmat-Nya kepada kita semua. Selawat dan salam kepada nabi Muhammad. Rasul junjungan, bersama para pengikutnya sehingga akhir zaman.
Tazkirah hari nie>>
Fitnah merupakan suatu sifat yang amat keji dan boleh m'datangkan kesan yg amat buruk kepada diri sendiri dan terhadap orang lain. Fitnah bleh diertikan bahawa seseorang yg menyampaikan keburukan orang lain dikalangan org ramai dgan tujuan supaya mereka membenci atau memusuhinya.
Firman Allah SWT :
"Dan janganlah kamu ikuti setiap orang yang banyak bersumpah lagi hina yang banyak mencela serta menyebarkan fitnah, yang banyak menghalang berbuat baik, melampaui batas lagi banyak melakukan dosa."
(Al-Qalam : 10-12)
Perbuatan fitnah lebih berbahaya daripada pembunuhan kerana boleh menyebabkan masyarakat hilang rasa kasih sayang dan mencetuskan permusuhan.

Firman Allah SWT :
"Dan fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada membunuh."
(Al-Baqarah : 217)

Firman Allah SWT :
"Sesungguhnya orang-orang yang menuduh (memfitnah) wanita-wanita yang baik lagi beriman berzina, mereka kena laknat di dunia dan akhirat dan bagi azab yang besar."
(An-Nur : 23)

Rasulullah SAW bersabda :
"Tidak akan masuk syurga yang membawa fitnah."
(HR.Bukhari dan Muslim dari Huzaifah)
Oleh kerana itu, bahaya fitnah boleh mengancam kesejahteraan. Maka umat Islam hendaklah sentiasa berhati-hati dan jangan mudah terpedaya dengan fitnah yang dibawa atau diterima.

Wallahu 'alam..


__________________******_______________________________________________

biarlah org laen x kenal pun siape kite dekat dunia ni,asalkan name kite mnjd perbualn pnduduk langit..
*kehidupan seorg muslimah adalah rahsia.renung2kan*
sbb ape kte jd perbualn mreka??sbb kebaikn dan amal yg kte lakukn kat dunia nie lah~
#Allah..bestnye..jd ape tggu lg??jom pakat wak baek neh..moga Allah redha..

____________*******________________________________________________


~~Wanita Bertudung Dgn Sanggul 'Bonggol Unta' Tidak Akan Mencium Bau Syurga.~~
Hadis Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud :
"Dua golongan di kalangan ahli neraka yang tidakkan aku pandang iaitu kaum yg bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya digunakan memukul orang lain dan wanita-wanita yg berpakaian bagaikan bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik org lain untuk membuat maksiat. Sanggul dikepala mereka ditusuk tinggi-tinggi seperti bonggol unta yg sangat lemah.
Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu sudah boleh dicium dari jarak demikian dan demikian." (Riwayat Muslim).

____________*******_____________________________________________________

Apa hukum tidak pandai baca Al-Quran?

UAI:
Baca Al-Quran ni, dalam 114 surah, 1 surah wajib
pandai.
Tak pandai berdosa, iaitu Al Fatihah. Yang lain fardhu kifayah.

sunat kita pandai surah2 yang lain.
Kerana, hina sangat orang yang tidak pandai membaca Quran.

Walaupun tidak berdosa tapi makhluk yang hina....


_____>>&&&>>$##>>@@...
#SEMOGA MNGAMBIL IKTIBAR DIANTARA KITE. INSHA ALLAH DIRI MMPU BRBH KE ARH YG LBIH BAIK APABILA DISERTA KN DGN USAHA,,,
INSHA ALLAH..

Sunday 31 March 2013

update from fb .....31/3/2013.....

Jika SENDIRI jangan marasa SEPI.. Ada ALLAH yang MENGAWASI..

Jika SEDIH jangan PENDAM dalam HATI.. Ada ALLAH tempat BERDOA..

Jika MARAH jangan FIKIR dalam HATI.. Ada ALLAH tempat MENENANGKAN DIRI..

Jika SUSAH jangan MERASA PILU.. Ada ALLAH tempat MENGADU..

Jika GAGAL jangan BERPUTUS ASA.. Ada ALLAH tempat MEMINTA..

Jika BAHAGIA jangan menjadi LUPA.. Pada ALLAH tempat BERSYUKUR..




....____________________________......___________________________....._________________________


Tersenyumlah jikalau dirimu di uji
Tersenyumlah jikalau dirimu dilukai
Tersenyumlah jikalau dirimu dilupai
Tersenyumlah jikalau dirimu disakiti
Tersenyumlah jikalau dirimu ditindasi
Tersenyumlah jikalau dirimu dibebani
Tersenyumlah jikalau dirimu dikhianati

Hanya sabar dan syukur mencipta senyuman
Ya Allah, berilah aku kekuatan menghadapinya
jadikanlah senyumanku menjadi penawar dukaku


......___________________________.......__________________________________......_________________

wlaupom kte jrng brsua ...
Ttpi ALLAH kurniakan rindu...
wlaupom kte sukr mnhdpi kutukn mhupom cacian...
Tpi ALLAH mnjdikn kte lbih tbh mnerima dugaan,,
asalkan cinta ALLAH didhlukn...
insha ALLAH.. smua akn diprmudhkn...^^
*FISABILILLAH*


...____________________............_____________________________....._________________
mulakn bicara mu dgn snyum..
psti org ingin brbicara dgn mu...
akhiri bicara mu dgn dgn lwak...
mngkin suatu hri nnti...
org itu mncri mu kmbli krna dye ingin brbicara dgn mu...
krna dye mrasakn mu agak brbeza..tpi istimewa...:)

.........________________________________...........______________________________


ku mulai hri dgn kesyukuran..
ku akhiri hri dgn keinsafan...
ku kuatkn dri dgn ujian...
hnya allah yg tau ape yg ku inginkn...
*FISABILILLAH*
____________.........._______________________________________..............________________
brmula subuh dgn ktenangn..
brmula fajar dgn kindhan...
trbit saje matahari di kg halaman..
akn brkumandang lh selawat ku kpd nye...
*FISABILILLAH*

..........___________________________................._______________________.................


xkn timbul prselisihan bile hti sling mmprcyai. 
xkn timbul rindu andai hti tidak brpnghuni.
xkn timbul murka allah .
andai hamba nye taat pd nye...kn?

*fisabilillah*
.............._______________________.............................______________________________

*efek kabus-kabus dan musik instrumental*

jam 3 pagi, terjaga dan merasa haus...ingin pergi ke dapur untuk minum air...
nampak bilik anak-anak masih menyala lampu....

intai dalam bilik anak perempuan, subhanallah dia sedang sujud di atas sejadah...

jenguk bilik anak lelaki, sebak hati melihat dia sedang menghadap mushafnya...sayup suaranya melagukan ayat cinta dari Allah....

dalam hati mengucap syukur akan kurniaan syurga dunia yang tak ternilai ni....

*imaginasi semata*

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ya Allah, jadikan diriku, suamiku serta anak-anakku hamba yang taat akan-Mu..yang sentiasa merindui-Mu....redhailah kami semua dan golongkan kami dalam golongan hamba-Mu yang Engkau kasihi...

amiin....

*kesat ayaq mata*

[ kena jadi solehah..insya-Allah dapat suami soleh..dan anak-anak yang soleh solehah juga... ]

jom persiapkan diri!!

>>>>>>>>_________________________________<<<<<<<<<



Wanita,
kalau pasangan minta pegang tangan, jangan beri
kalau pasangan minta kiss, jangan beri
kalau pasangan minta nak sentuh, jangan beri
kalau pasangan minta nak dara, bagi penampar
...
sebab

kalau putus nanti, apa yang tinggal untuk suami kalau semua dah diberi. =,=...



AKHIR KATA..DR ANA..
JAZAKALLAHU KHAIRA JAZA`
ASSALAMUALAIKUM W.B.T.....