tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik.
Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka
Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?
Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang
menyayangi dan mencintai Sayang!
Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang
dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.
Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang
cintakan Sayang!
Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya.
Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu
menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu
abang tidak boleh terangkan sebabnya.
Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata, “Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab
sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu.
Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta
Abang bersama Sayang!”
Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminyan. Namun begitu selang
beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma. Si suami amat bersedih lalu
berkata kepada isterinya walaupun isterinya masih dalam keadaan koma kerana si suami
tahu bahawa isterinya tetap mendengar,
“Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau bersuara?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.
Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu…sekarang bolehkah engkau
menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.
Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau tersenyum?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku
mencintaimu…. sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh
mencintai mu.
Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai
mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini,
selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia
tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati.”
Maka menitis lah air mata si isteri yang masih dalam keadaan koma itu….
Kesimpulan dalam kisah ini, janganlah bercinta kerana bersyarat, cintalah kita kerana
Pencipta kita (^_^)
HAWA,,
andai engkau masih remaja,,jadilah anak yg solehah buat kedua ibubapamu
andai engkau sudah bersuami,,jadilah isteri yang meringankan beban suamimu
andai engkau masih ibu,,didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din
ALLAH…
HAWA,,
andai engkau belum berkahwin,,janganlah kau risau jodohmu,,ingatlah janji tuhan
kita,,wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik..Jangan dimulakan sebuah pertemuan
dengan lelaki yang bukan muhrimmu,,kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hearty,,maka
lahirnya senyuman maka tercetusnya salam sekaligus disusuli dengan pertemuan,,takut
lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri...
HAWA,,
lelaki yang baik tidak melihat pada paras rupa,,lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui
keayuannya,,lelaki yang warak,,tidak menilai wanita melalui kemanjaannya serta
kemampuannya mengoncang iman lelaki..
penting pegangan agamanya..
muhrimnya,,kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya,,lelaki
yang warak juga,,tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah
pertemuan lelaki dan wanita,,yakni sebuah perkahwinan..
Oleh itu HAWA,,jagalah pandanganmu,,awasilah auratmu,,peliharalah akhlakmu,,kuatkan
pendirianmu..Andai ditakdirkan tiada cinta daripada adam untukmu,,cukuplah hanya cinta
ALLAH,,yang memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu,,biarlah hanya cinta daripada
kedua ibu bapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu,,cukuplah sekadar cinta
adik beradik,,serta keluarga yang membahagiakan dirimu..aishiteru hawaku..
HAWA,,
yang juga menyintai ALLAH..Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi
keredhaan ALLAH,,cintailah keluargamu kerana kau tidak akan jumpa cinta yang bahagia
selain daripada cinta keluarga..Janganlah sesekali tangan yang mengoncangkan dunia,,juga
mengoncangkan iman lelaki..TUNDUKKAN PANDANGANMU HAWA..
LELAKI : Awak, boleh jadi awek saya? Saya berkenan sangatlah kat awak. Bagi saya, awak perfect!
PEREMPUAN : Ok, boleh je takde masalah. Couple ke?
LELAKI : Err...kalo dah mintak jadi awek, maknanya couple la tu kan?
PEREMPUAN : Ok. Bila nak kahwin?
LELAKI : Err..boleh tak tunggu saya habis belajar dulu tahun depan, pastu tunggu saya dapat keje stabil dulu. Dalam 3 tahun, insyaAllah.
PEREMPUAN : Ok, kita putus sekarang gak.
LELAKI : Eh, kenapa?????
PEREMPUAN : Kerana tiga sebab
Satu, awak ajak saya bergelumang dalam dosa untuk 3 tahun tanpa akad yang sah. Tiada jaminan awak takkan jumpa saya, sentuh saya dan hal2 berkaitan. Dalam 3 tahun tu kita akan bercakap hal sia-sia tentang soal hati yang tiada berkesudahan. Nanti ada yang terluka. Saya taknak hati saya terluka. Saya pun taknak hati awak terluka.
Dua, kalau tak bersedia nak kahwin kenapa terburu-buru nak jalin hubungan? Sedangkan kahwin ni spesifiknya adalah utk mereka yg betul2 bersedia zahir batin, agamanya, ekonominya wlpn tak kaya, dan dari banyak sudut. Restu ibu bapa juga perlu difikirkan sama.
Tiga, lelaki yang beragama tahu bahawasanya ini bukan caranya. Sabar. Tahajjud byk2. Istikharah rajin2. Taubat selalu2. Muhasabah sentiasa2. Ubah slow2. Lelaki beragama takkan beri harapan palsu dengan bermain dengan perasaan, masa dan waktu. Jangan letak harapan seandainya hati tak yakin. Jgn beri harapan pada yang mudah menyerap harapan. Hati wanita ni macam gelas kaca, mudah pecah. Bila dah terluka, susah nak rawat balik. Jangan ada niat nak kahwin je, tapi tindakan ke arah itu tidak ada. Boring. Cari calon ni bukan nak cuba-cuba macam cuba pakaian. Tak sesuai yang ni, amik yg lain lah..
LELAKI : Em..tp sy tetap nak awak. Dh bertahun2 tunggu awk.
PEREMPUAN : Mohon padaNya andai hatiku yang kau pohon.. Bila dah bersedia, cuba cari saya balik. Tapi ni bukan janji atau beri harapan. Jika sy masih blm berpunya, datang mintak dengan ayah mak terus. Bincang dengan dorang. Salam.
LELAKI : Wslm
REALITI UMAT AKHIR ZAMAN.. MasyaALLAH.. Mengapa? Walaupun kita tahu hadis Nabi akan SANGGUL yang TINGGI ni, namun masih tetap dilakukan.. Mengapa?? Mengapa?? Cantik ke sanggul?? Nak dapat perhatian yang bukan muhrim? masyaALLAH,.HENTIKAN SANGGUL!!.Mungkin berasa ''yakin'' apabila menyanggulnya.. La Ba'sa ayuh kita baca pengertian tabarruj di sini.. Tabarruj dikatakan sebagai berjalan dgn berlenggang-lenggok atau memperelokkannya. Ada juga yg mengatakan bahwa tabarruj ialah melepaskan tudung kepalanya tetapi tidak mengikat/mengetatkannya lalu terlihatlah rantai leher, anting2 & lehernya. Pendapat lain pula mengatakan, tabarruj ialah memperlihatkan keelokkan/kecantikkannya yg sepatutnya wajib ditutup. Firman Allah: "Dan hendaklah kamu tetap dirumahmu & jgnlah kamu berhias & bertingkahlaku (tabarruj) spt org2 jahiliah dahulu." [Al-Ahzab:33] p/s:ISLAM melarang sesuatu ada KEBAIKANNYA bukannya untuk menyekat sesuatu yang umatnya suka..waallahulam..
Jom kahwin ♥ Sender ke receiver? Sila tengok " REPLY ".
Meminanglah gaya Rasulullah SAW, yakni tanya direct melalui walinya barulah ada stail:
"Dari Urwah bahawasanya Rasulullah SAW telah meminang Siti Aisyah kepada Abu Bakar r.a. Abu Bakar berkata kepada Rasulullah SAW: "Aku ini hanyalah saudaramu." Rasulullah SAW menjawab, "Ya, saudara seagamaku dan kerana dia (Siti Aisyah) halal bagiku." (HR Bukhari)
Tunang tanpa sedar adalah tak tepat. Setiap pertunangan perlu dimaklumkan kepada wali atau wakil perempuan. Mana2 pasangan yg bertunang perlu bgtau walinya kerana bimbang si wali tidak tahu lalu menerima pinangan orang lain utk anaknya sedangkan haram pinang tunangan orang. Jadi, tidak dapat tidak, korang mmg tak dapat elak dari memaklumkan pada wali masing2 supaya tidak timbul kekeliruan dan salah faham. (syababmusafirkasih, Feb 2012)
Lamar perempuan secara direct, sila tengok apa kata Ustaz Azhar Idrus ( Original ) di: http://www.youtube.com/watch?v=-h3S81F1lxw
Tips syabab: Bila ada lelaki tanya kamu camni, kamu tanya dulu pendapat ayah mak setuju ke tak nak terima wat suami. Kalau setuju, maka reply lah mesej tersebut. :) Senang kan? Harap2 mak ayah kita2 semua sporting-morting~
----
1 zikir 1 status: Subhanallah, Alhamdulillah, Lailahailallah, Allahuakbar.
Ini adalah contoh pemakaian wanita yang berpakaian tetapi masih lagi dikira bertelanjang. Ubahlah segera penampilan anda sekiranya pakaian anda sebegini.
Ingatlah pesanan Nabi s.a.w ...
Nabi s.a.w bersabda :"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan cium baunya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
♥ Jika asas perkahwinan adalah kerana HARTA, maka pasangan bakal bercerai jika EKONOMI dalam rumah tangga merudum dan MUFLIS.
♥ Jika asas perkahwinan adalah kerana KEPUASAN NAFSU, maka pasangan akan selalu bertengkar jika suasana di bilik tidur tidak memuaskan.
♥ Jika asas perkahwinan kerana KECANTIKAN WAJAH dan tubuh badan, pasangan akan lari apabila rambut beruban, muka kerepot atau badan jadi gendut.
♥ Jika asas perkahwinan kerana ANAK, maka pasangan akan mencari alasan untuk pergi jika hati (anak) tidak hadir.
♥ Jika asas perkahwinan kerana KEPERIBADIAN, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.
♥ Jika asas perkahwinan kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal yang lebih baik, tambahan pula manusia yang dicintai pasti mati atau pergi.
Namun,
♥ Jika asas perkahwinan kerana ibadah kepada Allah, sesungguhnya Allah itu kekal dan Maha Pemberi Hidup kepada makhluk-Nya. Allah mencintai hamba-Nya melebihi seorang ibu mencintai bayinya.
Insyaallah. Semoga Allah pelihara rumah tangga kita semua. ^^
♥ Jika RINDUKAN SESEORANG , PEJAMKANLAH MATA dan UCAPKANLAH :
" Ya Allah Aku rindukannya keranaMu Ya Allah , Jauhkanlah daku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepadaMu . Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku..tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia..
✿~ Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik..
✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi..
✿~ Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya..
✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi..
✿~ Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai..
p/s : Terima kasih ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalanMu ini..terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia..♥♥"
~ Ungkapan ini bukan sahaja untuk pasangan suami isteri tetapi juga kepada sahabat-sahabat kita.. :-)
Selamat Hari Wanita Sedunia ~(ˆ◡ˆ)~ ♥
Seorang bapa bertanya kepada bakal menantunya:
"Mengapa engkau nak cepat kahwin dengan anak pakcik? Bagi 7 alasan engkau."
1. dah jumpa pasangan, harus dicepatkan kahwin (hadith)
2. nak jaga mata, hati dan kemaluan
3. nak ikut sunnah, kahwin, ajal bila2 masa sahaja
4. nak ada zuriat yg dapat bahagia dan doakan kami, mati bila2 masa aje
5. dapat beribadat dengan pahala yang berganda bila sudah punya isteri, sedangkan memandangnya sahaja sudah perolehi pahala
6. dapat merasa tanggungjawab sebagai suami dan menjadi seorang yg lebih berfikir lebih matang serta bijaksana bagaimana nak menyara keluarga
7. nak ambil amanah ibu dan ayahnya dan jaganya serta didiknya dengan kehidupan agama
8. saya sayang dan cintakan anak pakcik ♥
Jadilah seorang wanita solehah, Yang selalu menjaga lisan, penyayang keluarga & suaminya, Matanya kepenatan kerana membaca Al-Qur'an, Suaranya lesu kerana penat berzikir, Tidurnya lelap dengan cahaya keimanan, Bangunnya Subuh penuh kesigapan.
Kerana dia sadar betapa indahnya menjadi wanita solehah melebihi perhiasan apapun didunia. Semakin sedar bertambah usianya bertambah kematangannya.. Jadilah seorang wanita solehah. Yang tidak terpesona dengan buaian dunia, Kerana dia mengimpikan syurga Allah.. Insya Allah..
Jadilah kamu wanita yang hebat, dunia akhirat, penyeri keluarga, akal biarpun senipis helaian rambut, bekalkan lah ia,penuhilah ia penuh ilmu agama, muslimah solehah penyeri keluarga, penyeri hidup si kaum adam, hebat kan diri mu dangan pelbagai pekara, biar di dalam dada mu penuh dengan kalam Allah.
Wahai an nisaa’ biarpun kamu menjadi pandangan, perhatian ramai lelaki, jadilah kamu muslimah yang dapat merendah kan padangan adam kepada mu kerana kemuliaan yang ada pada mu, supaya pandangan mereka mengingati PENCIPTA mu wahai an nisaa’.
Sebaik hiasan di dunia adalah wanita solehah, kejadian mu dari adam dengan penuh rahsia, hanya Allah tahu kelebihan yang ada pada mu, hawa jadi lah kamu muslimah solehah, mukminah, yang mendamba kan cinta Allah, yang sentiasa memburu syahid di jalan Nya.
Wahai muslimah, jadi lah kamu ketua bidadari di syurga kelak, hebat kan diri mu sampai membuat kan bidadari di syurga cemburu akan kemuliaan yang ada pada mu wahai muslimah.
di ambil dr fb iaitu ber`couple itu haram..^_^snyum sokmo!
No comments:
Post a Comment